Mari Meneroka Dunia si Kecil



Rancangan Pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN


Tema : Buah-Buahan

Tajuk : Warna warni buah-buahan

Tarikh : 8 Mac 2009

Kelas : Prasekolah Lestari

Masa : 30 minit

Bilangan pelajar : 25 orang

Umur pelajar : 6 tahun

Komponen : Bahasa dan Komunikasi

Hasil Pembelajaran : 1.1.5 Mendengar dan memberi gerak balas terhadap arahan guru

Objektif Khusus : Kanak-kanak dapat mengenal warna buah-buahan dan memadankan warna yang sama dengan betul.

Bahan : Gambar buah-buahan ( strawberi, oren, pisang, epal, anggur ), video permainan interaktif warna, kad huruf warna ( merah, oren, kuning, hijau, ungu ).

Pengetahuan sedia ada pelajar : Kanak-kanak dapat mendengar dan

memahami arahan mudah

Komponen yang berkaitan : Komponen kognitif dan komponen sosioemosi.

Nilai dan tingkah laku : Bekerjasama dalam kalangan kanak-

kanak dan patuh kepada arahan guru.


Set induksi (4minit)

-Paparan Klip Video-

1) Guru menunjukkan klip video buah-buahan kepada kanak-kanak.

2) Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.

a) Apa yang kanak-kanak lihat dalam klip video tadi?

b) Apa warna yang terdapat dalam klip video tadi?

c) di mana kanak-kanak dapat melihat buah-buahan tersebut.

3) Guru menunjukkan buah sebenar kepada kanak-kanak.

4) Guru menerangkan kepada kanak-kanak bahawa mereka akan bermain dengan warna buah-buahan.


Aktiviti 1 ( 7 minit)

-Paparan Warna Buah-Buahan-

1) Guru menunjukkan gambar buah strawberi (merah), pisang (kuning), epal (hijau), anggur (ungu), oren (oren) satu persatu.

2) Guru menerangkan warna buah-buahan tersebut kepada kanak-

kanak.

3) Guru meminta menyebut warna buah-buahan tersebut.


Aktiviti 2 ( 7 minit)

-Paparan Perkataan Warna-

1) Guru menunjukkan paparan perkataan warna merah, kuning. oren, hijau dan ungu di komputer.

2) Guru meminta kanak-kanak mengeja perkataan tersebut satu persatu.

3) Beberapa orang kanak-kanak diminta untuk menyebut kembali

perkataan tersebut.

Aktiviti 3 ( 8 minit )

- Paparan Laman Interaktif Permainan Warna-

1) Guru membuka paparan laman interaktif permainan warna untuk

kanak-kanak.

2) Guru menunjukkan cara untuk bermain padanan warna tersebut.

3) Guru meminta beberapa orang kanak-kanak untuk memadankan

warna yang sama dalam permainan tersebut.

4) Guru meminta kanak-kanak yang lain sama-sama memerhati dan

menyebut warna yang dipadankan.

Penutup (4minit)

-Nyanyian-

1)Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang pembelajaran

sebagai peneguhan.

2) Guru meminta kanak-kanak menyanyikan lagu "Warna-Warni Buah-

Buahan."



Wednesday, January 21, 2009

Buying A Pen..


Katakune - Buying A Pen | 3D Animation Preschooler Cartoon from Aldric Chang on Vimeo.

Learning Through Playing...




Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Belajar melalui bermain merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Menurut ahli teoris Piaget dan Froebel, pembelajaran yang paling berkesan bagi kanak-kanak, adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang mengembirakan (Piaget dan Frobel dlm Panduan Kurikulum Prasekolah 2003). Bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan kanak-kanak. Umpamanya Maria Montessori mengemukakan pandangan bahawa kanak-kanak yang belajar melalui aktiviti bermain, sebenarnya dalam aktiviti permainan kanak-kanak yang dialaminya, kanak-kanak itu bekerja bersungguh-sungguh bagimenguasai sesuatu kemahiran. Kanak-kanak bermain dengan arahan oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain dan bebas daripada segala peraturan, tingkah laku dan melibatkan diri secara aktif sebenarnya mencipta satu makna yang sombolik dalam diri kanak-kanak tersebut. Apatah lagi aktiviti tersebut apabila dikoperatifkan bersama kanak-kanak lain, pembelajaran yang kita lihat sebagai tiada manfaat namun memberi pengertian yang mendalam terhadap kanak-kanak tersebut. Bermain juga merupakan media untuk kanak-kanak mencorakkan perasaan mereka, meneroka hubungan, menceritakan pengalaman, menyatakan keinginan dan segala yang terpendam dalam diri mereka.

Penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain menjadi fitrah kanak-kanak. Aktiviti ini mengembirakan dan memberi peluang kepada kanak-kanak membuat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Permainan yang bebas dan terancang. Tidak ‘rigid’ iaitu mempunyai kelonggaran masa disamping memberi peluang mencuba idea sendiri dan memberi peluang membuat pemerhatian dan tumpuan bagi mencari sesuatu jawapan. Melalui permainan juga dapat memupuk kepimpinan murid dan menghilangkan rasa kekecewaan atau kegelisahan

Di peringkat prasekolah, tumpuan pendidikan kepada kesediaan belajar. Aktiviti yang dijalankan berpandukan konsep belajar melalui bermain iaitu proses pembelajaran secara tidak formal tetapi berstruktur, terancang dan ada tujuan tertentu. Unsur mudahubah atau ‘fleksible’ ditegaskan semasa menjalankan aktiviti prasekolah. Belajar melalui bermain , memainkan peranan penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan individu secara menyeluruh dan seimbang. Sebagai bakal guru-guru prasekolah, kita hendaklah berusaha merancangkan aktiviti supaya kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Menerusi permainan, kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda, mencipta, meruntuh dan membina. Selain itu, secara tidak langsung mereka mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti kemahiran sosial, bahasa dan berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani.






Nana Playlist


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones
 
design by suckmylolly.com