Mari Meneroka Dunia si Kecil



Rancangan Pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN


Tema : Buah-Buahan

Tajuk : Warna warni buah-buahan

Tarikh : 8 Mac 2009

Kelas : Prasekolah Lestari

Masa : 30 minit

Bilangan pelajar : 25 orang

Umur pelajar : 6 tahun

Komponen : Bahasa dan Komunikasi

Hasil Pembelajaran : 1.1.5 Mendengar dan memberi gerak balas terhadap arahan guru

Objektif Khusus : Kanak-kanak dapat mengenal warna buah-buahan dan memadankan warna yang sama dengan betul.

Bahan : Gambar buah-buahan ( strawberi, oren, pisang, epal, anggur ), video permainan interaktif warna, kad huruf warna ( merah, oren, kuning, hijau, ungu ).

Pengetahuan sedia ada pelajar : Kanak-kanak dapat mendengar dan

memahami arahan mudah

Komponen yang berkaitan : Komponen kognitif dan komponen sosioemosi.

Nilai dan tingkah laku : Bekerjasama dalam kalangan kanak-

kanak dan patuh kepada arahan guru.


Set induksi (4minit)

-Paparan Klip Video-

1) Guru menunjukkan klip video buah-buahan kepada kanak-kanak.

2) Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.

a) Apa yang kanak-kanak lihat dalam klip video tadi?

b) Apa warna yang terdapat dalam klip video tadi?

c) di mana kanak-kanak dapat melihat buah-buahan tersebut.

3) Guru menunjukkan buah sebenar kepada kanak-kanak.

4) Guru menerangkan kepada kanak-kanak bahawa mereka akan bermain dengan warna buah-buahan.


Aktiviti 1 ( 7 minit)

-Paparan Warna Buah-Buahan-

1) Guru menunjukkan gambar buah strawberi (merah), pisang (kuning), epal (hijau), anggur (ungu), oren (oren) satu persatu.

2) Guru menerangkan warna buah-buahan tersebut kepada kanak-

kanak.

3) Guru meminta menyebut warna buah-buahan tersebut.


Aktiviti 2 ( 7 minit)

-Paparan Perkataan Warna-

1) Guru menunjukkan paparan perkataan warna merah, kuning. oren, hijau dan ungu di komputer.

2) Guru meminta kanak-kanak mengeja perkataan tersebut satu persatu.

3) Beberapa orang kanak-kanak diminta untuk menyebut kembali

perkataan tersebut.

Aktiviti 3 ( 8 minit )

- Paparan Laman Interaktif Permainan Warna-

1) Guru membuka paparan laman interaktif permainan warna untuk

kanak-kanak.

2) Guru menunjukkan cara untuk bermain padanan warna tersebut.

3) Guru meminta beberapa orang kanak-kanak untuk memadankan

warna yang sama dalam permainan tersebut.

4) Guru meminta kanak-kanak yang lain sama-sama memerhati dan

menyebut warna yang dipadankan.

Penutup (4minit)

-Nyanyian-

1)Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang pembelajaran

sebagai peneguhan.

2) Guru meminta kanak-kanak menyanyikan lagu "Warna-Warni Buah-

Buahan."



Wednesday, March 4, 2009

LAMPIRAN












Apa yang adik-adik dapat lihat dalam klip video di bawah?




















Warna-warni buah-buahan..










Glitter Text - http://www.glittergraphictext.com









Glitter Graphic Text - http://www.glittergraphictext.com




Glitter Graphic Text - http://www.glittergraphictext.com











Myspace Glitter Text - http://www.glittergraphictext.com










Myspace Glitter Text - http://www.glittergraphictext.com











Mari Mengenal Warna-Warni Buah-Buahan...













di sini untuk aktiviti padanan warna yang menyeronokkan.










I like to eat, eat, eat...

Apple and Bananas...

I like to eat,eat,eat ......

Apples and Bananas...

(Ulang)

72 comments:

WANZA said...

hye...aktiviti yang dicadangkan menarik untuk kanak-kanak... hmmm.. cuma dari segi teknikal...contohnya tulisan, kalau boleh seragamkan font untuk semua jenis isi yang sama. pemilihan font perlu sesuai dengan kanak-kanak... hmm kalau satu2 perkataan tak boleh terletak dalam satu baris, cuba kecilkan saiz... kalau perkataan tak terletak dalam satu baris nak kemas nampaknya...okeh.. but dont wory yg len ok... kita sama2 bangunkan blog pps so that nanti kita bleh guna sama2...

mahfuzah said...

Salam...tumpang lalu kt blog ni ye.. :)scara keseluruhannya sy rasa aktiviti2 dlm rp ni menarik dn sesuai tuk KK. Tp tuk aktiviti pdnkan warna tu, sy rasa kurang sesuai la. Klau bleh, cari aktiviti or games yg ada kaitan dengan tema rp ni iaitu buah-buahan.lg 1, sy rasakan, ejaan bagi nama buah-buahan tu perlu dikecikkan sikit saiznya spya huruf2 dia dpt dok sebaris dn senang tuk dibaca oleh KK.Last but not least, maybe kump ni bleh tukar warna layout spya nmpk lbh berwarna warni. KK kn suka warna warni..hehehe.

aidayusniza said...

salam...
menarik tetapi saya fikir kanak - kanak akan keliru bila guru tunjukkan buah epal warna hijau...mungkin kanak - kanak pernah lihat banyak buah epal warnanya merah berbanding dengan warna hijau..kalau boleh carikan buah yang lebih sahih warnanya hijau seperti jambu batu..

azirah azizul said...

salam....RP ni da ok...
tp apa kata jika guru cuba untuk bawa buah-buahan sebenar kepada kanak-kanak....selain dapat mengukuhkan lagi tentang warna buah tersebut, guru juga boleh memberi kanak-kanak rasa buah tersebut dan secara tidak langsung mereka mengetahui rasa buah tersebut disamping belajar tentang warna dan ejaannya....

missgee said...

hye!!!
satu aktiviti yg menarik...
sy rasa ms set induksi @ xtvt 1, lau boleh tunjuk bhn konkrit kat kanak2 lg menarik kn...all da best!!tq

Anonymous said...

Gambar-gambar sangat menarik. Tapi, saya rasa aktiviti ketiga tidak mempnyai kaitan dengan objektif khusus RP ini. Kalau boleh, cari game yang berkaitan dengan buah-buahan. Anyway, good job =)

Liyana Zainol said...

salam untuk semua..tahniah kepada kumpulan ni untuk satu RP yang tersusun dan agak menarik. Gambar dan tulisan yang digunakan juga berwarna-warni dan sangat cantik. Cuma, pada pandangan saya, kalau tambahkan lagi aktiviti online akan menjadikan blog ni bertambah menarik dan KK tentu seronok. Apa2 pun tahniah dan teruskan usaha anda.

hanamichi said...

salam..tahniah kerana bersunnguh2 menyediakan RP ini. namun ada sedikit yg perlu di ubah.kalau boleh tulisan pada setiap aktiviti gunakan font dan tulisan yang sama.

norazilah ramly said...

salam nana & the gang..RP yg baik & menarik coz gambar yg ditujukkan jelas dan buah2an tu nmpak lazat.hehehhe...ermm apa kata klu letak scr seragam gambar buah2an ni cth mcm pisang, u all buat icon gerak2 but others fruit x plak.wateva its a great job..well done!

MEERA said...

tuk aktv 1, pe kate guru tnjukkn jew buah yg betul kt knk2..xyah tnjuk gmbr buah..itu lg menarik minat knk2 thdp pengajaran guru..knk2 leh pegang n tgk sndiri warna buah tsbt.

azirah azizul said...

hye nana....R ni menarik untuk kanak-kanak.....tp...apa kata klu nana buat sedikit aktiviti yang melibatkan pergerakkan kanak-kanak....contohnya nana boleh menyanyikan lagu buah-buahan pada sesi set induksi...

sizukacute sizukacute said...

syazwani raseli..

Slm..tahniah diucapkan krn berjaya meranc rp yang baik ini..pemilihan tajuk serta akt adalah menarik kerana fokus kepada warna2 yang pelbagai. akt y dirancang juga mengikut turutan yang betul. ada peneguhan dari pihak guru. cume saya rs layout purple ni cm crouded sgt le..pening tgk..hehe..xsesuai kot utk knk2...jgn mare...lagu doremon tu menarik la..bes dgr..gud2!!

dunia Kirana said...

salam...
RP yang menarik..boleh menimbulkan minat kanak-kanak utk belajar. perkataan terlalu banyak berwarna-warni. mungkin mengelirukan kanak-kanak untuk mengeja kerana tulisan dan buah adalah sama. keseluruhan kump ini adalah baik.

chengoh said...

salam
lesson plan quite good
tulisan pun besar
kk akan nampak dengan jelas
gambar pun jelas

salha said...

hai...RP yang menarik..cuma mungkin boleh baiki sedikit.1)layout..agak serabut dan kurang sepadan dengan warna perkataan yang digunakan-mungkin boleh guna layout yang lebih terang dan lembut.2)ada lagu kan masa penutup-lebih seronok jika boleh tulis liriknya dengan perkataan yang berwarna dan size yang besar di dalam blog...apa pun syabas dan taniah!

yinwey_lim said...

hi, bagus RP kump anda. kerana telah capai obj dengan baik..gambar dan perkataan cukup jelas dan menarik..tetapi kalau boleh, video dalam set induksi boleh paparkan video warna yang berlainan kerana obj anda adalah mengajar warna buah-buahan..dan satu lagi kalau boleh, dalam akt 1 boleh tunjukkna perkataan atau nama warna juga...

ice said...

hello..RP ini sesuai untuk tahap kanak-kanak. saya suka ni. permainan online juga menarik. Tetapi, masalah nya ialah, guru mengajar warna buah-buahan tetapi permainanya pula mengenai warna kasut. Satu lagi masalhnya ialah kenapa hanya 3 orang yang bermain? Adakah cukup masa untuk 8 minit? ohya, saya rasa latar blog yang ada muzik ini tidak sesuai untuk blog ini,hehe..ok, bye..

shashina said...

Asalamualaikum... pada pendapat saya, rancangan pengajaran kumpulan ini menarik, warna-warna yang digunakan juga menarik serta sesuai. Aktiviti-aktiviti yang disediakan juga menarik. kumpulan ini menggunakan gambar untuk memperkenalkan buah-buahan kepada kanak-kanak. secara keseluruhannya, rancangan pengajaran kumpulan ini baik, bermakna dan boleh dikongsi bersama.

fie said...

ai nana nyomey & geng..
pd pendpt fie...apa kata untuk aktiviti tu libatkn semua KK..jd x de la yg ketinggalan.sbb kump nana nyomey hny pgl beberapa org KK je..mungkin yg len akan rasa jeles..
ok..tu je..tata titi tutu

shim said...

Salam..RP yang menarik.Saya suka video dan gambar yang ada dalam RP ini.Tetapi kalau boleh letakkan gambar animasi untuk setiap buah-buahan n kenapa hanya letakkan untuk pisang je.Papepun tahniah

azura said...

salam..rancangan pengajaran yang menarik..warna tulisan pada perkataan buah-buahan dapat mengingatkan kanak-kanak warna buah-buahan tersebut walaupun kanak-kanak tidak dapat melihat gambar buah-buahan..ia sesuatu yang menarik..tulisan n gambar pun besar dan sesuai untuk kanak-kanak..

azura said...

salam..sau pnp yang menarik..warna tulisan dengan gambar buah-buahan dapat kanak-kanak kaitkan warna kuning buah pisang..walaupun banyak buah yang warna kuning tapi sekurang-kurang kanak-kanak dapat mengetahui warna kuning dapat dikaitkan dengan buah pisang..tulisan dan gambar besar dan jelas sesuai untuk kanak-kanak.

mc' tiey said...

salam..RP yg menarik & bgs..tahniah kepada semua ahli kumpulan..tapi ade ckit masalah teknikal...ermm, kalo ahli kumpulan dapat gunakan tulisan yang lebih sesuai untuk kanak-kanak, asenya akan bertambah bgs..kanak-kanak susah nak baca kot.kalo diletak dalam satu baris mgkn xde masalah..1 g, games yg digunakan pn sangat ,menarik..tapi kalo boleh dapatkan games warna yg berunsurkan buah-buahan lagi sesui untuk mencapai HP..tapi tahniah kepada ahli kumpulan sebab dpt hasilkan 1 RP yg bole dikogsi bersama-sama untuk di praktikkan wak2 mengajar nanti..time kacih..

iezan said...

salam...rp ni actually menarik,just ada beberapa perkara yang saya nak share untuk penambahbaikan...firstly, pasal tulisan bagi setiap arahan tu agak kecil dan kalau diperbesarkan lagi,mesti lagi baik kan?
secondly, pasal tayang video.video tu da ok just agak kecil...klu besarkan lagi saiz video tu mungkin kanak-kanak dapat luhat dengan lebih jelas lagi...wateverpun,congrats atas usaha ahli group ni...

Haslinda bt Othman said...

rp anda menarik kerana aktiviti pengajaran banyak berfokus pada objektif pengajaran. kanak-kanak juga belajar mengeja selain mengenal warna. Cuma pada pendapat saya mungkin anda boleh memasukkan gambar buah sebenar untuk membolehkan kanak-kanak lebih jelas tentang warna buah tersebut.

sue said...

Salam kak zue dan kawn2..RP yg menrik, gambr pn cantik dan jelas..tulisan besar dan mudahkan kank2 baca..apa2 pn RP ni memamg menarik tp kalau bleh cuba tnjukan juga buah yg konkrit..mst kanak2 lebih teruja n t'tarik ngan pengajaran guru..apa2 pn tahniah buat smua..
(siti suriati)

sue said...

Salam kak zue dan kawn2..RP yg menrik, gambr pn cantik dan jelas..tulisan besar dan mudahkan kank2 baca..apa2 pn RP ni memamg menarik tp kalau bleh cuba tnjukan juga buah yg konkrit..mst kanak2 lebih teruja n t'tarik ngan pengajaran guru..apa2 pn tahniah buat smua..
(siti suriati)

sue said...

salam..tahniah sbb hasilkan RP yg menrik..gmbr dan tlsan jelas dan menrik minat kank2..tp klu blh cuba juga gunakn buah yang konkrit..mst jd lebih menrik..
(siti suriati)

Nur Farhana Mohd Radzi said...

haiiii...tahniah buat kumpulan ni sbb pilih tajuk yang sesuai.. gambar yang ditunjukkan pun menarik dan warna warni,..
penggunaan warna tu memang dapt tarik perhatian kanak2....
tulisan tu boleh besarkan lagi supaya mudah baca..
kalu boleh sediakn game bagi lagi best, kank2 akan terhibur bila masuk pg ni sbb pggunaan warna yng menarik..byk bnda blh explore dlm pg ni sekian

Anonymous said...

salam...ai geng,pengjaran yang menarik..penggunaan media pun best tp rasanya yg game tu leh cari game yg lebih sesuai daripada game kasut 2 kan..mcm x masuk je ajar buah tp game kasut..ada game yg memadankan warna dan buah...2 je..keep it up gurlz!

Anonymous said...

ai..1 je nk komen pasal game kasut goofy 2 cam x sesuai je ngan pengajaran warna buah..rasanya bnyak game padanan warna ngan buah ke or teka buah warna apa ke...2 je..keep it up gurlz!

Ati said...

Salam..tahniah diucapkan kepada nana n da gang..RP yg bagus n menarik.gmbr2 n huruf2 yg digunakan sangat besar n colorfull.pastu ada video n lagu.keadaan ini boleh menarik minat kanak2 terhadap P&P.tp pd pendapat sy la,better guna small letter utk perkataan buah-buahan 2.sbb nye cikgu jrg guna capital letter utk ajar sst perkataan kepada kanak2.however,wujud kelainan dalam blog ni.scr xlgsg,kanak2 jg blh kenal huruf besar..overall,it’s good.well done n keep it up.congratulations!!!

fie said...

alop nana nyomey...rs mcm dh komen tp x kuar pn..xpe la ek,komen lg..
utk induksi set gunakan buah-buahan betul lg cantik..sbb KK dpt tgk sndiri warna buah tu..
bg xtvt 3..kalo pilih KK utk padankan n KK len hny tgk je..rs cm mungkin ade KK yg akan jeles..jd bt biar semua KK bleh terlibat..
::ape2 pn..RP kump nana nyomey baik::

siti fatimah said...

salam..mula2 ct nk ucap tahniah dlu utk kump korang...RP yg menarik disertakan dgn blog sbg medium utk RP ni..byk la yg blh dimasukkan spt slideshare and video..bgs2 utk semua tu..lg komen ct, psl perkataan yg digunakan..ct rse sesuai sbb perkataan 2 kt blh kaitkan dengan warna buah-buahan yg nk diajar.krnye 2 in 1..cma komen ct, klau blh mskkan permainan interkatif dlm RP ni supaya dapat memberikan keseronokkan yg lebih kpd kanak2 di samping memberikan pendedahan ict kpd mereka.ape2 pn gud luck ye.

siti fatimah said...

salam..mula2 nk ucapkan tahniah utk group korang...RP yg menarik utk mengajar kanak2 utk mengenal wrna..dlm blog ni sy dpt lihat kump korang menggunakan semua kemahiran yg diajar dlm pps215 utk mskkan slideshare,video n sbgainya dan menjadikan blog ni sbgai medium utk mengajar knk2..bgs skali..ct juga ska dengan penggunaan warna tulisan utk mengenal warna buah2an..di sini knk2 dpt kaitkan warna tulisan ngn warna buah..krnya pengajaran 2 in 1..bgus jgk..cma komen ct..klau blh mskkan permainan interaktif untuk menarik mnt knak2 terhadap pros P&P..ape2 pn gud luck..

siti fatimah said...

salam...mula2 ct nk ucapkan tahniah utk group korang..RP yg sgt menarik..ct ska dengan penggunaan tulisan berwarna sesuai dgn warna buah-buahan yg diajar..krnye pd ct kt nmpk ada kaitan dgn tulisan n warna buah-buahan...gmbr yg jelas..tp komen ct klau blh mskkan permainan interaktif tentang warna buah-buahan ini bg menarik mnt knk2..

ღerYmaღ said...

SALAM...PERHATIAN KEPADA ANDA DAN AHLI KUMPULAN..
BLOG KUMPULAN 11 (http://fantaghirokids.blogspot.com) TELAH MENGALAMI SEDIKIT KESILAPAN TEKNIKAL YANG MENYEBABKAN POSTING UTK RP TELAH TER'DELETE' SEKALIGUS HILANG TERUS KOMEN-KOMEN DARIPADA RAKAN-RAKAN SEBELUM INI. KINI IA TELAH DIBINA SEMULA DAN KAMI MENGHARAPKAN KOMEN SEMULA DARIPADA RAKAN-RAKAN PPS215 SEKALIAN. SEGALA KESULITAN ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN DAN AMAT DIKESALI. KOMEN RAKAN-RAKAN AMATLAH KAMI ALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. HARAP MAKLUM. (",)

ღerYmaღ said...

SALAM...PERHATIAN KEPADA ANDA DAN AHLI KUMPULAN..
BLOG KUMPULAN 11 (http://fantaghirokids.blogspot.com) TELAH MENGALAMI SEDIKIT KESILAPAN TEKNIKAL YANG MENYEBABKAN POSTING UTK RP TELAH TER'DELETE' SEKALIGUS HILANG TERUS KOMEN-KOMEN DARIPADA RAKAN-RAKAN SEBELUM INI. KINI IA TELAH DIBINA SEMULA DAN KAMI MENGHARAPKAN KOMEN SEMULA DARIPADA RAKAN-RAKAN PPS215 SEKALIAN. SEGALA KESULITAN ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN DAN AMAT DIKESALI. KOMEN RAKAN-RAKAN AMATLAH KAMI ALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. HARAP MAKLUM. (",)

fatimah sumairi said...

salam

rancangan mengajar kumpulan ini menarik...gambar buah-buahan yang digunakan menarik dan besar mudah dilihat. walaupun bagaimanapun saya berpendapat..perkataan boleh menggunakan 2 warna mengikut suku kata dan bunyi perkataan tersebut. ini dapat memudahkan kanak-kanak membaca perkataan mengikut suku katanya.

sue said...

salam...untuk semua ahli kump nie..RP yg menarik..penggunaan gambr buah dan tulisan yg cntik, jelas dan besar..tp untuk tmbhan rasanya guru boleh guna buah yg sebenar untuk tarik lagi minat kank2 tntg buah2an ni..apa2 pn tahniah..

natasha hidayah said...

salam....rp nie bgus. gmbr buah pun jelas utk kk lihat. cuma tulisan tu warna warni. kalo blh biarlh 1 warna shj sbb kalo trlampau bnyk warna, nmpk serabut. itu je...

noratikah said...

salam..kump ni gmbar dier sgt jelas dan menarik utk knk2..cume utk akt padanan tu memadankan wrna kasut sb tema buah-buahan..pepun..rp yg baik

noratikah said...

salam..rp kump ni menarik..gmbar pun berwarna warni dan bsr, cume akt pdnan tu memadankan wrna kasut..sb tema adalah buah-buahan pepun rp bagus

azura said...

salam...pnp yang menarik..warna dan buah-buahan sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana ia dekat dengan kanak-kanak..warna perkataan itu sendiri telah menunjukkan warna buah tersebut..aktiviti pun best..all the best

eyma deen said...

salam...tahniah kepada semua ahli kumpulan...RP yang menarik...kanak2 dapat mengenali buah-buahan serta warna melalui aktiviti2 tersebut...cuma pada pendapat saya kalau boleh selaraskan tulisan agar kanak2 tidak keliru...lagi satu layout agak tidak sesuai...pilih layout yang lebih ceria untuk kanak2...

zareen said...

salam semua..gambar & perkataan jelas..kk mudah faham..cuma tulisan dan huruf pada arahan perlu diperbesarkan sikit..rasanya tak perlu campuran warna..memadai dgn letakkkan satu warna yg terang dan besarkan huruf..TQ

dunia pendidikan said...

salam..thniah cz dpt sdiakan blog yg mnarik..xtvt mmang mnarik tp lg best kalau ltak pic buah yg konkrit..tp klau u all nk ltak icon buah yg gerak2 pun boleh mcm buah pisang tu...klau boleh smua kna gerak la..bru best...TQ ats usaha u all nk siapkan blog yg mnarik ni..

dunia pendidikan said...

salam..blog ni mmang best tp lg best kalau pic buah yg konkrit..kalau nk guna pic yg gerak 2 mcm pisang tu pun boleh....lg best u all buat smua icon bergerak2..TQ ats usha u all hsilkan blog yg mnarik..

shim said...

Salam..satu RP yang menarik.Kanak-kanak pasti menyukai gambar dan video yang terdapat dalam RP ini.Tetapi hanya terdapat satu gambar animasi buah iaitu pisang.Saya cadangkan agar letakkan gambar animasi untuk buah yang lain untuk menarik minat kanak-kanak..So far so good.Tahniah..

shim said...

Salam..satu RP yang menarik.Kanak-kanak pasti menyukai gambar dan video yang terdapat dalam RP ini.Tetapi hanya terdapat satu gambar animasi buah iaitu pisang.Saya cadangkan agar letakkan gambar animasi untuk buah yang lain untuk menarik minat kanak-kanak..So far so good.Tahniah..

anis ayuni mohmad said...

salam..tahniah sebab berjaya merancang rp yang sangat menarik..mengajar tema buah-buahan dalam kelas prasekolah adalah sesuatu yang menarik, di tambah pula dengan aktiviti interaktif yang dapat menarik minat kanak-kanak. colourful!!i like it..

Denise said...

Salam..
RP yang bagus dan cukup menaraik tapi kalau tulisan font cuba perbesarkan dan jangan selang seli warnanya kerana bahagian "Apa yang adik-adik dapat lihat dalam klip video di bawah?" -yang itu kelihatan tenggelam. Sakit mata memandang. Untuk permainan interaktif kalau dapat carikan berkaitan warna buah. Yang permainan itu kasut.. Tak sesuai sangat meskipun objektif tertulis -kanak-kanak dapat mengenal warna buah-buahan dan memadankan warna yang sama dengan betul. Fokus itu lebih kepada bahagian mana??
Itu saja dari saya... Sekian...(",)

dunia pendidikan said...

salam..besnya blog u all..tp lg best tau kalau u all latak pic yg btul2 ataupun kalau u all nk letak pic animasi pun boleh tp kna bg gerak2 la..lyout klu boleh tukar..guna warna yg lbih ceria macam pic gambar buah tu...ape2 un u all the best dpt buat blog yg mnarik.

dunia pendidikan said...

salam ...blog u all mnrik..nmpk pic tu segar je..tp kalau u all guna pic yg btul lg best..tp mnarik juga klu u all nk guna pic animation.tp kna bg bergerak la mcm pisang tu..lyout tu klau tukar bg wrna yg ceria mcm buah u all tu lg best.mest knk2 suka. ape2 pun u all the best dpt buat blog yg mnarik

Liyana Zainol said...

Salam..lesson plan yg menarik dan tersusun serta bertemakan buah-buahan.Cuma saya sedikit keliru dkt tulisan induksi set. induksi set @ set induksi? Selain tu saya rasa masa sesi soal jawab/peneguhan, cikgu boleh tanya pada KK sbgai cthnya, buah apa yg berwarna jingga selain Oren dan sebagainya. Dengan cara itu ia mungkin dapat menggalakkan KK untuk berfikir dan dapat memenuhi HP yang dipilih.. itu saja dari saya..tahniah utk kump ni atas gambar dan RP yang bagus..GUD LUCK!!!

dunia pendidikan said...

salam ...blog u all mnrik..nmpk pic tu segar je..tp kalau u all guna pic yg btul lg best..tp mnarik juga klu u all nk guna pic animation.tp kna bg bergerak la mcm pisang tu..lyout tu klau tukar bg wrna yg ceria mcm buah u all tu lg best.mest knk2 suka. ape2 pun u all the best dpt buat blog yg mnarik

Nadim said...

menarik blog ni sebab warna-warni.mesti kanak-kanak suka.namun,saya berpendapat bahawa buah yang warna hijau lebih sesuai kalau menggunakan cth buah jambu batu.kalau menggunakan buah epal,mungkin kanak-kanak terkeliru sebab buah epal ada jgk warna merah.saya mencadangkan supaya amik cth yang lebih jelas dan kanak-kanak dpt terima dengan mudah.

ct comeell said...

blog dan aktiviti yang mennarik. untuk lagi menari, gambar-gambar tu biarlah semua yang bergerak. kan lg best tp bkn sng kn nk cari,so chaiyo-chaiyo. terima kasih

ct comeell said...

blog dan aktiviti yang menarik. cuma untuk lagi menarik, cuba cari gambar yg bergerak. mesti lagi menarik. chaiyo-chaiyo. terima kasih

@L@$uHa!La said...

salam dan tahniah kepada semua ahli kumpulan. aktiviti yang dicadangkan menarik. penggunaan visual seperti gambar yang menarik dan tulisan yang bersinar-sinar sudah semestinya menarik perhatian kanak-kanak. cuma mungkin akviti boleh ditingkatkan lagi untuk mencapai HP yang dicadangkan. banyakkan lagi buah-buahan dan tumpukan hanya pada dua warna sahaja. hal ini memudahkan kepada kanak-kanak untuk membezakan buah-buahan mengikut warna. apapun semuanya, semoga sukses

nurul said...

salah satu contoh rancangan pengajaran yang menarik...
sedikit cadangan untuk penutup..
guru boleh menyataka apa yang ingin disoal kepada kanak-kanak untuk peneguhan..
di sini boleh dilihat sekiranya soalan yang ditanya dapat membantu kanak-kanak memahami apa yang di ajar guru...
tq..

Nurul Syuhada' Binti Mohd Saad said...

salam...RP simple..but menarik...kerana gambar yang digunakan mempunyai warna yang menarik minat kanak-kanak...blog anda juga berwarna-warni dan akan lebih menarik perhatian kanak-kanak...tetapi bagi buah strawberi tuh..agak sukar perkataannya...bagi menjadikannya perkataan-perkatan itu selari dengan buah-buah lain...adalah lebih baik jika menukarkan buah strawberi itu dengan buah lain yanh agak mudah sedikit...sekian..tahniah...selamat maju jaya...

my blog said...

salam,hai...rp ni bagus untuk kanak-kanak kerana kanak-kanak dapat belajar mengaitkan warna dengan persekitaran....seperti di dalam blog ni kanak-knak dapat kaitkan warna dengan buah-buahan....blog ni penuh dengan warna-warni,jd ia sesuai untuk menarik perhatian kanak-kanak.apa-apa pun thniah....

nuranis said...

salam...tahniah kpd kumpulan ini...RP yang bagus dan menarik...gambar buah-buahan yang ceria dan besar...dapat menarik perhatian kanak-kanak... untuk penambbahbaikan kalau blh cari game yang berkaitan tema buah-buahan... ape2 pn tahniah.. selamat maju jaya :>

Chenta Mizza said...

salam. tahniah sebab Rp anda menarik, gambar dan tulisan pun besar dan memudahkan bagi kanak-kanak untuk membaca. if boleh, sekiranya memperkenalkan buah-buahan, guru memfokuskan buah tempatan or buah oversea...hahah..i mean buah-buahan bukan tempatan.supaya kanak-kanak lebih dapat ilmu pengetahuan..pape pun tahniah...Rp anda sangat menarik dan berguna wat p&p

*sha* said...

salam..rp yang menarik..warna2 yang dipilih juga banyak dan menarik..kanak-kanak suka tapi kalau boleh jangan byk sangat buah-buahan yang nak diperkenalkan, takut kanak-kanak keliru dengan warna dan buah-buahan tu..anyway..gud job!!!

:: pda :: said...

salam...satu rp yang bagus dan menarik. gambar dan tulisan yang besar dan jelas serta aktiviti2 yang menyeronokkan kepada kanak-kanak. kanak-kanak suka bermain dengan warna dan pemilihan tajuk rp memang boleh menarik perhatian kanak-kanak.tahniah...

I'me said...

salam...gambar yg menarik dan jelas tpi rsnya gambar yg diberi terlalu byk n ini memepengaruhi xtvt seterusnya apabila knk2 dimint mengeja perkataan..pd pendpt sy lebih baek sekiranya cuma just fokuskan pd 3 or 4 je...salam..

I'me said...

salam...rsnya pilihan bilangan buah yg diberi terlalu byk n akan mempengaruhi proses knk2 mengeja nnt...namun, tahniah n slamat berjy

syangelina said...

SALAM..
pada pandangan sy la, layout ni agak crowded, macam kurang sesuai..kanak-kanak lagi suka warna-warna pelangi macam tu kan..tapi rasanya untuk aktiviti 1 dan 2 tu, rasanya sesi belajarnya agak tidak melibatkan kanak-kanak secara fizikal selama 14 minit, berisiko kanak-kanak jadi bosan..faham-faham la kan..
tapi yang lain tu macam gambar buah tu sangat jelas dan clear, bagus...

syangelina said...

SALAM..
pada pandangan sy la, layout ni agak crowded, macam kurang sesuai..kanak-kanak lagi suka warna-warna pelangi macam tu kan..tapi rasanya untuk aktiviti 1 dan 2 tu, rasanya sesi belajarnya agak tidak melibatkan kanak-kanak secara fizikal selama 14 minit, berisiko kanak-kanak jadi bosan..faham-faham la kan..
tapi yang lain tu macam gambar buah tu sangat jelas dan clear, bagus...

ღerYmaღ said...

salam..RP anda menarik..cuma di sini, cuba anda tukar kan layout anda yang bercorak batik ini ke warna yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak...nanti nmpk lebih ceria...overall bagus...gud job my frens...;p

Nana Playlist


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones
 
design by suckmylolly.com