Mari Meneroka Dunia si Kecil



Rancangan Pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN


Tema : Buah-Buahan

Tajuk : Warna warni buah-buahan

Tarikh : 8 Mac 2009

Kelas : Prasekolah Lestari

Masa : 30 minit

Bilangan pelajar : 25 orang

Umur pelajar : 6 tahun

Komponen : Bahasa dan Komunikasi

Hasil Pembelajaran : 1.1.5 Mendengar dan memberi gerak balas terhadap arahan guru

Objektif Khusus : Kanak-kanak dapat mengenal warna buah-buahan dan memadankan warna yang sama dengan betul.

Bahan : Gambar buah-buahan ( strawberi, oren, pisang, epal, anggur ), video permainan interaktif warna, kad huruf warna ( merah, oren, kuning, hijau, ungu ).

Pengetahuan sedia ada pelajar : Kanak-kanak dapat mendengar dan

memahami arahan mudah

Komponen yang berkaitan : Komponen kognitif dan komponen sosioemosi.

Nilai dan tingkah laku : Bekerjasama dalam kalangan kanak-

kanak dan patuh kepada arahan guru.


Set induksi (4minit)

-Paparan Klip Video-

1) Guru menunjukkan klip video buah-buahan kepada kanak-kanak.

2) Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.

a) Apa yang kanak-kanak lihat dalam klip video tadi?

b) Apa warna yang terdapat dalam klip video tadi?

c) di mana kanak-kanak dapat melihat buah-buahan tersebut.

3) Guru menunjukkan buah sebenar kepada kanak-kanak.

4) Guru menerangkan kepada kanak-kanak bahawa mereka akan bermain dengan warna buah-buahan.


Aktiviti 1 ( 7 minit)

-Paparan Warna Buah-Buahan-

1) Guru menunjukkan gambar buah strawberi (merah), pisang (kuning), epal (hijau), anggur (ungu), oren (oren) satu persatu.

2) Guru menerangkan warna buah-buahan tersebut kepada kanak-

kanak.

3) Guru meminta menyebut warna buah-buahan tersebut.


Aktiviti 2 ( 7 minit)

-Paparan Perkataan Warna-

1) Guru menunjukkan paparan perkataan warna merah, kuning. oren, hijau dan ungu di komputer.

2) Guru meminta kanak-kanak mengeja perkataan tersebut satu persatu.

3) Beberapa orang kanak-kanak diminta untuk menyebut kembali

perkataan tersebut.

Aktiviti 3 ( 8 minit )

- Paparan Laman Interaktif Permainan Warna-

1) Guru membuka paparan laman interaktif permainan warna untuk

kanak-kanak.

2) Guru menunjukkan cara untuk bermain padanan warna tersebut.

3) Guru meminta beberapa orang kanak-kanak untuk memadankan

warna yang sama dalam permainan tersebut.

4) Guru meminta kanak-kanak yang lain sama-sama memerhati dan

menyebut warna yang dipadankan.

Penutup (4minit)

-Nyanyian-

1)Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang pembelajaran

sebagai peneguhan.

2) Guru meminta kanak-kanak menyanyikan lagu "Warna-Warni Buah-

Buahan."



Tuesday, February 3, 2009

Wira Sekolah

Assalammualaikum adik-adik...
Apa khabar adik-adik semua?........
Hari ini Kak Nana ada satu cerita menarik untuk adik-adik....
Ha..mari kita dengar sama-sama ye...

Budin, Mogan, dan Kim berkawan baik. Mereka tinggal di Taman Muafakat.
Pada suatu hari, mereka pergi memancing. Mereka memancing ikan di sebatang sungai. Air sungai itu dalam.

Mereka asyik memancing.

Tiba-tiba terdengar suara orang minta tolong. "Tolong! Tolong!" bunyi dari arah sungai.

Mereka mencari suara itu.







"Ada budak lemas," kata Kim.







Budin pandai berenang. Dia terus terjun ke dalam sungai.

Mogan terus berlari ke rumah.

Kim pula berlari ke pondok telefon. Kim memberitahu kepada polis.


Sebentar kemudian polis dan Pasukan Penyelamat pun sampai.


Kemudian, ibu bapa kepada kanak-kanak itu juga sampai. Di tebing sungai, mereka mencari Budin. Mereka nampak Budin sedang menolong budak lemas.






Budin membawa budak itu ke tebing sungai.










Pasukan Penyelamat dan polis pun membantu Budin. Budak lemas itu dibawa ke hospital.


Di sekolah ada perhimpunan. Guru Besar memuji Budin dan kawan-kawannya. Mereka berani dan bermuafakat menolong budak lemas.

Semua guru dan murid mengucapkan tahniah kepada Budin dan kawan-kawannya. Guru Besar menggelarkan mereka wira.
Mereka digelarkan Wira Sekolah.
Adik-adik..ha...dah dengar kan cerita kak Nana tadi.
Kita kena menolong orang yang di dalam kesusahan tau.
Kita jumpa lagi dalam kisah teladan pada lain ye..





Pyzam Glitter Text Maker



Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts






0 comments:

Nana Playlist


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones
 
design by suckmylolly.com